: Kuala Kangsar, Perak.

Assalam & Hai semua. Lama beno teman tak bersiaran. Jangan sedih-sedih, hari ni NH nak kongsi satu lagi port baru makan murah dan yang penting SEDAP!

Orang kuale rasanya semua tau mana Gerai Laksa D’Highway. Kalau dulu makan dekat situ kita order Laksa dan masakan bergoreng je kan? Orang Menora weyyy mana yang teringin nak ber-western food tu, boleh la ke Gerai Laksa D’Highway ni. Deme dah ada menu western. Macam-macam ada katanya. Yang paling NH suka tu, Chicken Chop dia! Gravy dia sedapppp and pure rasa blackpepper dia. Rasa dia setaraf restoran ternama.Cakap banyak-banyak pun tak guna kan? Jom kita usha gambar sikittt ~

Chicken chop lepak atas chopping board. Korang ada?

 

Cendol pulut durian. Warna dia pun dah selera dah apatah lagi kalau masuk ke mulut.

Kuetiow goreng basah dalam talam. Banyak oii sengkak perut.

Menu legend: Laksa telur sarang

Menu legend: Air jagung RM1

Waktu operasi: 3.00 petang – 7.00 petang

Apa lagi? Jom cuba~

Lokasi: Kampung Menora. Dari Sayong straight je sampai jumpa RnR Sungai Perak. Gerai dia tepi jalan je. Jangan risau takkan sesat.

#manabestmakan #zomatoMy #wheretoeat #perakpower #kualakangsar

-Editor Najwa Hashim-

Advertisements