: Wangsa Maju, KL.

Okay, siapa sini pernah pergi Wangsa Maju? 🙋 Reiko jarang pergi area sini. So, tak familiar sangat kawasan sini.

So, semalam Reiko, Aeri dan rakan-rakan try tempat makan baru. Gaji dah keluar dan fefeling orang kaya baru, so kita plan la makan kat tempat best2. Scroll-scroll Zomato, jumpalah PoP’s Eatery. Nak cari tempat ni, land mark dia adalah Wangsa Walk dan Burger King. Pop’s Eatery ni memang sebelah je Burger King. Comel lote je saiz cafe tapi environment memang cozy la utk lepaking dengan geng. Order dan bayar terus kat kaunter.

Reiko order Salted egg yolk cream pasta. Aeri pulak order pasta juga dan belanja geng Nachos added Beef bolognese. Bagi Reiko, Reiko suka dengan rasa pasta yang Reiko order nachos tu. Memang tangan tak boleh berhenti suap kat mulut. Recommended la kalau korang nak try pasta ni. Kalau korg order beef or lamb, diorang stated kat menu yang daging yang digunakan adalah 100% Australian Beef/Lamb. Reiko teringin juga nak try The Ultimate burger dia tapi sebab ehem*diet*ehem konon, so pilih la Pasta. :3

pop1pop2

pop5pop6

Ghi pulak order satu basket Cheesy Fries. Pergh! Portion dia memang equal to satu bungkus fries. 😂 Tak rugilah buat kudapan sambil menyembang dengan kawan. Fail habis diet Reiko la nampaknya.

pop3

pop4

Dari menu wise, menu dia simple tapi banyak pilihan juga utk korg pilih. Main core menu adalah Pasta, Burgers & wrap/sandwiches.

Korang nak tengok menu dia ke & full info Pop’s Eatery? Zomato kan ada? 😎

Find this restaurant on Zomato | PoP’s Eatery, Wangsa Maju

PoP's Eatery Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

#ManaBestMakan#WhereToEat#ZomatoMY#Zomato

-A.Reiko-

Advertisements